PERALIHAN KUASA PERDANA MENTERI DI SOKONG PENUH DAN PERJUANGAN MEMBANGUNKAN NEGARA DITERUSKAN

Mac 21, 2009 at 12:51 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Mac 21, 2009 by silamgemilang

pm8pak-lah1kenanganAUTOS MALAYSIA PROTON LAUNCHnajibAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Perpaduan,salam kasih sayang dan salam kedamaian.

1.Syukur kehadrat Allah SWT dan Selawat Ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, saya SALLEH BIN KALBI AHLI PARLIMEN P188 SILAM,SABAH berdoa semoga perjuangan UMNO dan Komponen Barisan Nasional mendapat keberkatan dan kemenangan dalam memartabatkan Bangsa Malaysia ke arah mengatasi kegawatan ekonomi,merealisasi Perpaduan, membangunkan modal insan,meletakkan nama Malaysia di arena antarabngsa melalui Zoom melawat Malaysia
melalui kedatangan pelancong-pelancong luar negara,memperkuatkan jatidiri bangsa,memulihkan semula sokongan padu terhadap Parti UMNO,membasmi miskin tegar dan miskin dan peralihan kuasa yang akan berlaku
penghujung bulan ini akan berjalan dengan lancar dan baik dengan amalan tradisi UMNO yang mengamalkan kasih sayang dan lebih mengutamakan perjuangan UMNO.

 pm4km1km3dscn6574

2.Sejarah peralihan kuasa dikalangan pemimpin Negara berlangsung dengan penuh adat dan istiadat.Pemimpin yang akan menyerahkan kuasa Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri perlu dihormati dan diterima dengan
hati dan minda yang terbuka supaya misi dan visi untuk perjuangan memartabatkan dan memulihkan keyakinan Bangsa Malaysia kepada perjuangan UMNO akan dilihat ingin mengangkat dan menjulang negara Malaysia yang berjaya dan maju setanding dengan negara-negar maju yang lain di dunia.

sallehrumpai-laut-11salleh2

3.Saya Salleh Bin Kalbi, Ahli Parlimen Silam,Kolonel Kehormat Rela,Duta Keamanan UPF dengan hati ikhlas,jiwa yang bersih,minda terbuka ingin menyatakan menyokong penuh Peralihan Kuasa yang akan berlaku bila-bila masa dari sekarang.
Sokongan kepada Yang Amat Berhormat Dato’Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang telah mengumumkan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Hj. Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap menteri Kewangan Malaysia.Saya amat menyokong penuh Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Luahan ini adalah ikhlas yang lahir dari hati dan sanubari saya,ingin melihat perjuangan UMNO yang telah pun menabur jasa dalam membangunkan modal insan ke tahap yang gemilang dan terbilang sehingga lahirnya anak-anak Malaysia yang berjaya mengharumkan nama baik negara samada di peringkat Lokal mahupun global.

parlimen-silam2kad-yb-silam-11

4.Saya menyokong penuh mini bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd.Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan yang telah mengumumkan mini Bajet RM60 Billion.Jumlah ini bagi saya merupakan satu sejarah dalam pembentangan bajet kerajaan bagi memulih dan membangunkan negara daripada kesan kemelesetan ekonomi dunia. Saya yakin dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak yang komited dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan perancangan yang telus dan anjakan membangunkan Modal Insan menjadi agenda utama bagi membangunkan sesebuah negara. Peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dibuka luas,sektor swasta yang terjejas teruk di bantu kerajaan,suntikan modal insan yang berwawasan dan bermanfaat,pelaksanaan projek secara telus dengan wujud badan pemantau,membasmi miskin tegar dan miskin,saya berpendapat mini bajet ini adalah bersifat mesra rakyat,penyayang kepada rakyat,menguntungkan semua lapisan masyarakat,sistematik,kreatif,inovatif,berwawasan jauh kehadapan,selamat,aman,makmur dan yang paling berharga minda dan pemikiran Yang Amat Berhormat menteri Kewangan yang ingin memulihkan ekonomi negara agar dapat berdiri dan terus maju melangkah kehadapan dengan keutuhan perpaduan Bangsa dan negara.

5. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia,Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hj. Musa Bin Aman Ketua Menteri Sabah Menteri-Menteri Kabinet Malaysia dan rakan-rakan Ahli Parlimen yang menyokong penuh kelulusan Zon Akuakultur Negara di Parlimen Silam.Teras perjuangan saya dalam Pembangunan modal Insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam arus pembangunan sesebuah negara menjadi agenda utama bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdikari dan melepasi tahap miskin tegar menjelang tahun 2010 dan miskin.Masalah ini saya akan perangi habis-habisan sehingga ke akar umbi.Selama ini saya telah mmenjejaki rakyat yang betul-betul memerlukan bantuan dan perlu di beri keutamaan agar isu-isu masalah ini dapat diatasi sehingga ketahap minimum dan sifar.Peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan melalui Akuakultur Negara di Silam ini akan dapat membasmi kemiskinan tegar lebih awal menjelang bulan september tahun ini.Perancangan saya dengan penyediaan tapak dan peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dan miskin dan golongan sederhana ini saya yakin dan percaya usaha ini adalah cara terbaik dalam pembasmian kemiskinan kerana mereka akan memiliki pendapatan dalam lingkungan setiap keluarga RM1,200.00 sebulan.Saya sentiasa membuat perancangan dan plan pembangunan modal insan bagi melahirkan masyarakat yang boleh berdiri pada kendiri tanpa bergantung harap kepada orang lain.Perancangan ini dalam proses pelaksanaan kepada golongan sasar dan sedikit masa lagi rakyat akan
melihat usaha saya ini sebagai satu rezeki kerajaan Barisan nasioanl yang prihatin dan sentiasa membangunkan rakyat walau dimana jua.

6. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 22 hingga 24/Mac/2009 ini,saya berharap pertandingan yang berlangsung kelak biarlah dilaksanakan secara kekeluargaan.Kepada yang menang saya ucapkan tahniah kepada yang tewas kita masih berada dalam keluarga UMNO.Selepas sahaja pemilihan ini semua pihak perlu menumpukan kepada tugas dan tanggungjawab untuk membela dan membangunkan parlimen dan negara.Pertandingan yang memihak kepada yang menang dalam pemilihan kelak perlu menjadi contoh kepada wadah perjuangan UMNO dengan mengekalkan perpaduan. Kepada yang kalah jangan dibiarkan sendiri kerana budaya ini bukanlah amalan tradisi UMNO,malahan jika berlaku ini bermakna individu yang menang itu masih lagi mengamalkan budaya ini
bermakna masih lagi berlaku, amalan pentingkan diri sendiri.Berdasarkan kajian saya pemilihan kali ini adalah cukup baik dan lebih mementingkan perjuangan Parti UMNO berbanding kepentingan diri sendiri.Setiap ahli UMNO yang terlibat dalam pertandingan memperlihatkan persaudaraan,persefakatan,kasih sayang,ukhwah,bersatupadu dan telah berjanji taat setia perjuangan dalam parti lebih diutamakan berbanding kepentingan peribadi.Saya bersyukur dengan amalan tradisi ini,saya berharap amalan ini perlu diturunkan de peringkat Bahagian, supaya UMNO akan releven dalam menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dan bangsa menjadi satu Bangsa Malaysia yang mencintai keamanan,kedamaian dan kemakmuran negara.

7. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung Blog saya di http://sallehkalbi188.wordpress.com / silamgemilang.wordpress.com /rakyatp188silam.wordpress.com /ybsilamexoticdiscovery.wordpress.com /alumniagasih.wordpress.com / suaraparlimensilam.wordpress.com /e_sahabatparlimensilam.com.my / p188silam.blogspot.com. sokongan,pandangan,kritikan Dato,Datuk,Datin,Tuan,Puan,Encik,Cik
adalah amat saya hargai dan saya akan jadikan bahan ilmiah dalam membangunkan modal insan dan pembangunan Parlimen Silam agar cemerlang,gemilang dan terbilang selaras dengan hasrat kerajaan dalam membangunkan negara dengan meletakkan asas ekonomi negara berada pada kedudukan yang baik dan pulih sepenuhnya dalam tempoh yang singkat.Terima kasih sekali lagi.

ALUMNI USM CONTOH TERBAIK…YAKIN ALUMNI AGASEAN CONTOH KEPADA SEKOLAH LAIN

Mac 20, 2009 at 11:49 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun tersebut menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulaiman (Bio. ‘74), Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM.

Persatuan Alumni USM mempunyai satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa mesyuarat agung. Jawatankuasa Eksekutif tersebut akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun.

Pada awal penubuhan, Persatuan Alumni telah melantik TYT Tun Hamdan Sheikh Tahir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai penaungnya dan Naib Canselor USM sebagai penasihat.

Sehingga sekarang, Persatuan Alumni USM telah dipimpin oleh beberapa Presiden. Kepimpinan yang pertama ialah Prof. Ramli Mohamed (MassCom. ’74) untuk tempoh 4 tahun. Seterusnya, diikuti oleh kepimpinan kedua, Prof. Madya Zubir Din (Bio. ’74) untuk tempoh tiga tahun. Ketiga, kepimpinan Persatuan Alumni diterajui oleh Y.Bhg. Puan Sri Fauziah Shahrom (Pol. Sc. ’75). Bagi era 2000, Presiden Persatuan Alumni USM disandang oleh Dr. Mohammed Zin Nordin (MassCom. ’86) dan En. Shaifubahrim Mohd Saleh (ComSc. ’83) bagi tahun 2003 sehingga sekarang.
KEAHLIAN ALUMNI
Terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
Ahli Biasa yang terdiri daripada semua graduan yang menerima ijazah dari USM;
Ahli Bersekutu yang terdiri daripada graduan yang menerima diploma atau sijil dari USM dan staf sepenuh masa USM;
Ahli Kehormat terdiri daripada individu yang memberikan sumbangan unggul kepada Persatuan Alumni dan USM.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Mewujudkan hubungan saintifik, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli;
Mewujudkan interaksi di kalangan ahli;
Mewujudkan saluran komunikasi di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan bekas siswazah;
Mengambil bahagian aktif dalam pembangunan fizikal USM, intelektual serta pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia;
Mencalonkan aktiviti-aktiviti yang ada kepada Jawatankuasa USM dan perbadanan lain yang berkaitan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI DI RUMAH ALUMNI
Persatuan Alumni USM telah menawarkan peluang perniagaan kepada beberapa syarikat untuk beroperasi di Rumah Alumni USM. Pembukaan peluang perniagaan tersebut adalah sebagai memberikan kemudahan kepada warga kampus USM khususnya dan mengaktifkan lagi fungsi Rumah Alumni USM.

Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:
Malaysia Assurance Alliance Berhad- merupakan syarikat Insurance yang terkenal di Malaysia. Menyediakan pelbagai jenis insuran seperti nyawa, harta dan sebagainya.

Geliga Sistem Sdn. Bhd.-merupakan syarikat Bumiputera yang membekalkan barangan farmasi dan ubat-ubatan.

Genius Point Enterprise – menyediakan perkhidmatan ‘Internet Cafe’, membaik pulih computer serta menyediakan khidmat ‘printing’ berwarna dan hitam putih dengan harga yang berpatutan.

JVS Setia Sdn. Bhd – menyediakan perkhidmatan fotokopi yang terkini dan cepat, menyediakan perkhidmatan ‘binding’ dan lamination.

Koop Siber Sdn. Bhd – menyediakan peralatan aksesori komputer dan menjual PC kepada pelajar dengan slogan ‘ 1 PC 1student’.
Selain daripada itu, Persatuan Alumni USM turut menjual cenderahati seperti key-chain, beg kertas, stiker dan sebagainya sebagai tanda kenangan daripada Alumni USM.

ANDA INGIN MELIHAT SEKOLAH CEMERLANG,GEMILANG DAN TERBILANG….

Mac 18, 2009 at 3:54 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

 

gambar-yb

Kuala Lumpur,18Mac2009-Kepada Datuk-Datuk/Datin-DatinTuan-Tuan/Puan-Puan/Encik-Encik/Cik-Cik yang ingin meluahkan masalah atau pandangan berhubung pembangunan modal insan,anda dialu-alukan menulis komen anda.Tulisan anda akan diambil perhatian oleh YB. Tuan Haji Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam.

MESYUARAT KHAS PERSATUAN AGASEAN:SMK AGASEH

Mac 17, 2009 at 12:59 pm | Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen

Silam,14Mac2009-Mesyuarat Persatuan AGASEAN yang membincangkan tentang peranan persatuan bagi membangunkan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

YB. Hj. Salleh mempengerusikan mesyuarat Persatuan AGASEAN

YB. Hj. Salleh mempengerusikan mesyuarat Persatuan AGASEAN

Persatuan ini tidak terhad kepada bekas pelajar SMK Agaseh sahaja malahan akan dibuka kepada orang ramai berpandukan undang-undang yang dibenarkan dalam pendaftar pertubuhan.

 

p31418791

 

 

 

 

 

 

 

Hari ini Tahun ini sebenarnya banyak membawa untung besar kepada SMK Agaseh kerana seorang Ahli Parlimen P188 Silam berfikiran jauh kehadapan dengan menubuhkan Persatuan Alumni AGASEAN bagi mengangkat martabat sekolah ini yang banyak mengharumkan sekolah-sekolah diseluruh Sabah.

p3141883

Malahan ramai pelajar-pelajar di sekolah ini yang telah berjaya sehingga ke peringkat tinggi dan ada yang bergelar Doktor,Professional,Pengarah dan yang lebih membanggakan kita ialah apabila Salleh Kalbi bekas pelajar SMK Agaseh berjaya dalam pelajaran dengan melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negeri dan kini balik ke tanah air di parlimen Silam, orang pertama yang mengangkat SMK Agaseh dengan menubuhkan Persatun Alumni AGASEAN.

p3141882

Jika anda salah seorang bekas pelajar-pelajar SMK Agaseh sebenarnya anda beruntung kerana YB Hj. salleh Hj. Kalbi ahli Parlimen P188 Silam bersedia membantu dan memartabatkan SMK Agaseh sehingga ke peringkat Terbilang.Setahu saya,tidak pernah Yang Berhormat rela menjadi sukarelawan untuk memperjuangkan martabat sekolahnya sendiri untuk diangkat sehingga ke tahap paling tinggi.

p3141791

ditambah lagi, Yang Berhormat amat rapat dengan Menteri Pelajaran malaysia sudah tentu sekolah ini dalam masa terdekat ini akan lebih maju dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain kerana berjaya menghimpunkan pelajar-pelajar lama untuk disatukan dibawah rumah Alumni AGASEAN.

p3141795

Bukan senang untuk bertemu Ahli Parlimen yang sibuk dengan tugas harian di Dewan Rakyat Parlimen Malaysia yang membawa nama SILAM maju dengan limpahan pembangunan dan Modal Insan Gemilang.

Saya selaku penulis Blog ini, berharap kepada guru-guru,bekas pelajar agar dapat memanfaatkan kesudian Yang Berhormat Hj. Salleh untuk menubuhkan Persatuan Alumni AGASEH.Jika peluang ini tidak direbut percayalah sekolah-sekolah lain berebut-rebut dengan ide YB. Hj. Salleh yang komited membangunkan modal insan.

YB Hj Salleh melihat ke arah Bilik Darjah semasa zaman sekolah bersama rakan-rakannya.Harapan menggunung semoga kawan-kawan dapat berhimpun semula bagi membangunkan SMK Agaseh melalui Persatuan AGASEAN..kepada pelajar-pelajar akan meneruskan kesinambungan persatuan ini...

YB Hj Salleh melihat ke arah Bilik Darjah semasa zaman sekolah bersama rakan-rakannya.Harapan menggunung semoga kawan-kawan dapat berhimpun semula bagi membangunkan SMK Agaseh melalui Persatuan AGASEAN..kepada pelajar-pelajar akan meneruskan kesinambungan persatuan ini...

Saya yakin sebagai anggota kakitangan kerajaan kita perlu menyokong penuh usahah YB Hj. Salleh ini tambahan pula beliau adalah anggota Ahli Parlimen Kerajaan yang kita dokong selama ini.Percayalah,jika kita masih lena,leka pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan usaha murni ini.Memang tidak dinafikan ada segelintir dikalangan kita yang merasa takut kerana mungkin diugut untuk dibuang kerja,diturunkan pangkat dan macam-macam lagi.Saya berharap kepada pihak yang ingin menggagalkan usaha murni ini supaya insaf,sedar bahawa tindakan yang dilakukannya itu adalah berniat jahat,tidak baik kerana telah meruntuhkan perjuangan suci murni untuk menghimpunkan bekas pelajar-pelajar lama.

ketika sekolah dulu kita bersama rakan-rakan,selepas sekolah masing-masing cari haluan,memang amat sukar untuk diketemukan..Tapi melalui usaha YB Hj. salleh ini tidak mustahil rakan-rakan lama akan bertemu semula walaupun da hampir 30 tahun meninggalkan sekolah..betapa murninya niat baik dan wawasan jauh YB Hj. salleh..terima kasih YB yang betul-betul prihatin dengan persaudaraan sesama manusia.

ketika sekolah dulu kita bersama rakan-rakan,selepas sekolah masing-masing cari haluan,memang amat sukar untuk diketemukan..Tapi melalui usaha YB Hj. salleh ini tidak mustahil rakan-rakan lama akan bertemu semula walaupun da hampir 30 tahun meninggalkan sekolah..betapa murninya niat baik dan wawasan jauh YB Hj. salleh..terima kasih YB yang betul-betul prihatin dengan persaudaraan sesama manusia.

Walaubagaimanapun usaha ini tidak akan berhenti disini kerana berdasarkan undang-undang terdapat keperluan untuk membuka ruang kepada orang ramai untuk menjadi ahli mengikut peraturan-peraturan pendaftaran pertubuhan persatuan.

YB Hj Salleh kagum dengan sekolah SMK Agaseh yang pernah dianugerahkan sekolah harapan negeri dan negara.Saya selaku penulis blog juga ucap tahniah kepada sekolah ini kerana bekas pelajar sekolah ini muncul semula menubuhkan Persatuan AGASEAN YB. Hj. Salleh sebagai pengasas.Namamu YB Salleh tetap mekar dan terpahat di sini.

YB Hj Salleh kagum dengan sekolah SMK Agaseh yang pernah dianugerahkan sekolah harapan negeri dan negara.Saya selaku penulis blog juga ucap tahniah kepada sekolah ini kerana bekas pelajar sekolah ini muncul semula menubuhkan Persatuan AGASEAN YB. Hj. Salleh sebagai pengasas.Namamu YB Salleh tetap mekar dan terpahat di sini.

 

MESYUARAT PENAJA PERSATUAN ALUMNI SMK AGASEH

Mac 13, 2009 at 11:08 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen

SILAM,13.Mac.2009-Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Persatuan Alumni SMK Agaseh seperti dirancangkan pada pertemuan bersama MP SILAM pada 1hb Februari tahun 2009 lepas pada 14hb Mac 2009 jam 8 pagi bertempat di SMK Agaseh akan diteruskan..andasebagai bekas anak didik sekolah tersebut dijemput hadir bagi merealisasikan penubuhannya…kerjasama dan perhatian yang serius daripada bekas pelajar dan guru amat di perlukan ke arah mengembalikan kegemilangan sekolah tersebut..sekian terima kasih.

daripada;

MOHAMAD

Setiausaha

Penaja Alumni Agaseh

PELAJAR KITA BUKAN GENGSTER

Mac 6, 2009 at 12:02 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR 5 Mac – Pelajar-pelajar di negara ini bukan gengster cuma nakal. Malah kes-kes disiplin membabitkan mereka sejak akhir-akhir ini langsung tidak berkaitan dengan gengsterisme.

Itulah reaksi Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Md. Dom ketika ditanya mengenai masalah disiplin pelajar-pelajar yang semakin serius sehingga dikatakan dipengaruhi elemen gengsterisme.

Beliau menjelaskan, kes-kes disiplin itu juga tidak membabitkan pihak luar sebaliknya ia lebih menjurus kepada kenakalan anak-anak yang meningkat usia remaja.

”Ia belum sampai tahap gangster,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau kini berada di Sibu, Sarawak untuk mendapatkan maklumat berhubung kes sembilan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Oya, Dalat dekat Mukah, Sarawak yang terlibat membuli pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut, 12 Februari lalu.

Klip video selama tiga minit itu boleh disaksikan menerusi laman web http://www.youtube.com.

Alimuddin berkata, kes-kes yang dilaporkan itu adalah terpencil dan tidak menggambarkan keseluruhan tahap disiplin 5.4 juta pelajar yang belajar di 10,000 sekolah di negara ini.

Katanya, dalam menangani masalah kenakalan pelajar, pihak sekolah khususnya pengetua dan guru besar diberi empat kuasa mengambil tindakan iaitu memberi amaran, merotan, gantung sekolah dan membuang sekolah.

Beliau berkata, selaras dengan keperluan itu, kementerian mewujudkan Jawatankuasa Pemuafakatan Sekolah yang dianggotai oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pegawai perhubungan polis, pemimpin setempat dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, katanya, kementerian menyambut baik permintaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin untuk berbincang dengan kementerian mengenai masalah disiplin pelajar sekolah.

LANTIK GURU LELAKI JAGA DISIPLIN

Mac 6, 2009 at 12:00 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR 5 Mac – Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mencadangkan supaya guru lelaki dilantik sebagai guru disiplin di sekolah seluruh negara dalam usaha membendung kes buli pelajar.

Katanya, cadangan itu dijangka dapat mengurangkan, seterusnya membasmi kes buli serta salah laku lain oleh pelajar di sekolah.

”Selain itu guru lelaki juga harus dilantik sebagai guru penasihat pasukan seragam dan guru penasihat sukan.

”Bagaimanapun, saya ingin menekankan, bilangan guru lelaki atau peranan mereka bukan punca mahupun penyelesaian mutlak kepada masalah buli di sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas cadangan pembaca akhbar ini, M. Jasni Majed yang mencadangkan bilangan guru lelaki di sekolah ditambah bagi membendung kes buli yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam ruangan Pendapat Utusan Malaysia baru-baru ini, M. Jasni mencadangkan kementerian itu menambah bilangan guru lelaki yang didapati berkurangan dalam usaha menyelesaikan masalah disiplin di sekolah.

Justeru, Alimuddin menegaskan, kekurangan bilangan guru lelaki di sekolah seluruh negara tidak harus dikaitkan dengan kejadian kes buli di institusi berkenaan.

CONTOHI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Mac 3, 2009 at 10:55 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

ARKIB : 23/01/2009
Contohi sistem pendidikan Malaysia

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Jan. – Filipina dan Brunei berminat menjadikan kejayaan sistem pendidikan Malaysia sebagai rujukan bagi memperkasakan sistem tersebut di negara masing-masing.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran kedua-dua negara dalam pertemuan berasingan beliau semasa melawat Filipina dan Brunei, baru-baru ini.

Sebagai permulaan, Kementerian Pelajaran Filipina akan menghantar sekumpulan penyelidik dan pakar bidang pendidikan ke Malaysia untuk mengkaji sistem pendidikan Islam di negara ini.

Brunei yang dalam proses melakukan reformasi dalam bidang itu pula mahu bekerjasama dalam pendidikan teknikal dan vokasional, Bahasa Melayu, kokurikulum, Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta perluasan sistem penilaian berasaskan sekolah.

”Kejayaan dalam bidang pendidikan Islam di Malaysia terutamanya usaha Malaysia membantu Thailand dan Afghanistan, mendorong Menteri Pelajaran Filipina, Datu Dr. Jesli A. Lapus, meletakkan pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam jalinan kerjasama pada masa depan.

”Ini meliputi aspek pembangunan kurikulum pendidikan Islam yang menumpukan pembinaan nilai-nilai sejagat merentasi kaum serta membina jaringan di antara institusi-institusi pendidikan kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin yang juga Presiden Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) melakukan lawatan rasmi ke Filipina dan Brunei selama empat hari pada Ahad hingga Rabu lalu.

Jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan Islam itu akan menjadi titik tolak kepada kerjasama secara rasmi melalui memorandum persefahaman kerjasama pendidikan kedua-dua negara tidak lama lagi.

Katanya, Menteri Pelajaran Brunei, Datuk Abdul Rahman Taib, menyatakan komitmen untuk memperbaharui kerjasama serta meneroka aspek-aspek baru dalam bidang pendidikan bagi manfaat bersama.

”Saya yakin pengukuhan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan Brunei akan menjadi lebih mudah.

”Ini memandangkan Pelan Strategik Kementerian Pendidikan (2007-2011) yang digariskan negara itu untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 mempunyai persamaan dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) negara, ini yang digariskan untuk mencapai Wawasan 2020,” katanya.

Hishammuddin berkata, beliau turut mengambil kesempatan mempelajari PPSMI yang dilaksanakan secara berperingkat di kedua-dua negara.

”Pengukuhan kerjasama antara Malaysia dengan Filipina dan Brunei akan dilihat dalam konteks lebih luas dalam memastikan sistem pendidikan negara diletakkan ditempat yang sepatutnya,” katanya.

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.