Muhyiddin beri taklimat mansuh PPSMI
Julai 19, 2009 at 10:33 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenMuhyiddin beri taklimat mansuh PPSMI
Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my
Alimuddin |
Menteri jawab kekeliruan, rungutan kepada 3,000 pendidik di PICC, Selasa
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memberi taklimat kepada 3,000 golongan pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa ini, berhubung tindakan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ia selaras usaha kementerian yang akan terus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung pemansuhan PPSMI berikutan rungutan segelintir pihak yang masih mempertikaikan keputusan itu.
“Sekarang masih ada yang tidak begitu jelas…dalam tempoh seminggu dua nanti bila sudah diberikan taklimat dan penjelasan kepada Pengarah Pelajaran negeri dan semua pengetua, kita berharap semua persoalan akan terjawab,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Rakan Muda Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, Khairil Awang.
Alimuddin berkata, sebahagian besar golongan yang masih tidak berpuas hati itu mendakwa pemansuhan PPSMI hanya akan menjadikan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar lemah.
Beliau sebaliknya menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang kerana dalam pakej baru itu, tumpuan diberikan kepada kepentingan bahasa Inggeris menerusi pelbagai program yang sudah dirancang.
Selain itu, Alimuddin berkata, pihaknya akan turut menyediakan risalah dan laman web bagi memberi peluang orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan.
“Kita berharap tidak akan ada lagi sebarang aduan selepas ini kerana saya yakin dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) menggantikan PPSMI, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan menjadi lebih baik berbanding sekarang,” katanya.
Ditanya sama ada kementerian berhasrat mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris ketika mengikuti aktiviti kokurikulum sebagai menyokong usaha itu, Alimuddin berkata;
“Saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenai perkara itu…lagi pun sudah banyak program yang memerlukan pelajar berbahasa Inggeris termasuk program `English Day’ dan `Summer Camp’,” katanya.
Sementara itu, Alimuddin berharap peruntukan RM5,000 bagi setiap 2,181 sekolah menengah seluruh negara sebagai peruntukan menjalankan aktiviti kokurikulum dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.
“Aktiviti kokurikulum memberi kelebihan kepada pelajar dan mewakili 10 peratus daripada markah keseluruhan yang dinilai untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas tamat sekolah menengah,” katanya.
‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’
Julai 14, 2009 at 2:58 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’
Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kejadian rakaman pelajar perempuan bergaduh di Terengganu dan aksi mereka dimuatkan dalam laman sesawang YouTube serta telefon bimbit yang disiarkan akhbar semalam.
Alimuddin berkata, bagi kes itu, semua pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan tatatertib.
“Difahamkan, adegan pergaduhan yang dirakamkan pada 18 Jun lalu itu berlaku di luar kawasan sekolah dan tujuan rakaman itu dibuat adalah untuk memalukan mangsa,” katanya.
‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’
Julai 14, 2009 at 2:58 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’
Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kejadian rakaman pelajar perempuan bergaduh di Terengganu dan aksi mereka dimuatkan dalam laman sesawang YouTube serta telefon bimbit yang disiarkan akhbar semalam.
Alimuddin berkata, bagi kes itu, semua pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan tatatertib.
“Difahamkan, adegan pergaduhan yang dirakamkan pada 18 Jun lalu itu berlaku di luar kawasan sekolah dan tujuan rakaman itu dibuat adalah untuk memalukan mangsa,” katanya.
Tiga pelajar paksa gusti sudah digantung sekolah
Julai 14, 2009 at 2:50 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenTiga pelajar paksa gusti sudah digantung sekolah Pengurusan ambil tindakan sejak pertengahan bulan lalu KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Dungun dekat sini, yang bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, bulan lalu, sudah dikenakan tindakan gantung sekolah. Tindakan itu diambil pengurusan sekolah sejak pertengahan bulan lalu selepas menjalankan siasatan berdasarkan maklumat kejadian itu yang disebarkan melalui internet dan telefon bimbit. Bagaimanapun, pengurusan sekolah terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, yang mengesahkannya semalam, berkata polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan polis, kelmarin. “Polis akan mengambil keterangan lima pelajar perempuan terbabit. Tiga daripada mereka ialah pelajar Tingkatan Dua, yang didakwa dalang kejadian itu. “Dua lagi pelajar termasuk seorang yang menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Akhbar semalam melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit. Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti dirakam tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu. Mohd Fauzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan. “Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian itu kerana cemburu berikutan mangsa popular di kalangan guru. Mangsa juga seorang pelajar cerdas dan sering mendapat pujian guru, selain dilantik sebagai ketua kelas,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Jabatan Pelajaran diarah mengemukakan laporan lengkap berhubung kejadian itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Buku Sains, Matematik diterjemah
Julai 13, 2009 at 12:10 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen
Buku Sains, Matematik diterjemah
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bersedia menterjemah buku Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia seperti dikehendaki Kementerian Pelajaran, untuk digunakan selepas pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012.
Pengarah Urusan ITNM, Mohd Khair Ngadiron, berkata pihaknya bersedia meningkatkan lagi terjemahan buku terbabit dan yakin mampu memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran itu sebelum 2012.
“Bagaimanapun, bagi melaksanakan perkara ini kita memerlukan dana tambahan dan juga penterjemah. Saya kira ini adalah peluang terbaik kepada ITNM untuk membuka peluang pekerjaan kepada graduan dalam bidang terjemahan ini.
“Jika Kementerian Pelajaran memberi masa kepada ITNM mulai dari sekarang untuk menterjemahkan buku berkenaan, kita yakin ia dapat disiapkan sebelum 2012,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu keupayaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta ITNM dipertingkatkan lagi bagi memperkasakan bahasa Malaysia.
Ia bagi memastikan tidak ada ketandusan istilah bacaan atau rujukan dalam semua bidang, baik akademik mahupun kerjaya, selaras dengan perubahan dasar kerajaan dalam PPSMI.
Muhyiddin berkata, kerajaan mahu proses terbabit dipercepatkan menerusi DBP dan ITNM, walaupun ia memerlukan Kementerian Pelajaran menyediakan sejumlah peruntukan yang besar.
Mohd Khair berkata, sehingga kini tumpuan utama ITNM adalah lebih kepada menterjemahkan buku sebagai bahan bacaan tambahan dan juga rujukan, bukan menghasilkan buku teks.
“Dana tambahan diperlukan ITNM adalah bagi menampung kos terjemahan dan kos mendapatkan hak cipta, kerana kita perlu mendapatkan kebenaran daripada penerbit asalnya.
“ITNM sudah bersedia, hanya menunggu arahan lanjut daripada kerajaan dan dengan penambahan kakitangan, kita yakin menterjemahkan sekitar 25 buah buku sebulan,” katanya.
Kerajaan tak abai pendidikan Kelantan: Muhyiddin
Julai 12, 2009 at 7:25 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen
Kerajaan tak abai pendidikan Kelantan: Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri berkata, Jabatan Pelajaran Negeri menerima RM1.702 bilion bagi membiayai 977 projek pembangunan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Kerai sendiri menerima RM125.918 juta, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Pakej Rangsangan Ekonomi.
Katanya, peruntukan bagi Kuala Krai ialah untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk bina 13 sekolah rendah dan empat sekolah menengah kebangsaan selain menaik taraf dan membina rumah guru dan asrama.
“Justeru, tohmahan yang mengatakan Kerajaan Pusat abaikan Kelantan, khususnya Kuala Krai adalah tidak benar sama sekali.
“Kita tidak pernah mengabaikan mana-mana golongan masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi anak-anak yang memerlukan ilmu pengetahuan,” katanya berucap pada hari sambutan hari guru Kelantan 2009 di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, dekat sini.
Waktu pembelajaran BI ditingkat 70 peratus mulai 2012
Julai 11, 2009 at 1:54 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenWaktu pembelajaran BI ditingkat 70 peratus mulai 2012
KUALA LUMPUR: Waktu pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah akan ditambah menjadi 70 peratus mulai 2012 dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa itu di kalangan pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini, waktu pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah hanya dapat ditambah sebanyak 14 peratus kerana tempoh keseluruhan pengajaran bahasa itu yang sedia ada hanya boleh menampung masa setakat itu saja.
Muhyiddin berkata, apabila waktu pembelajaran subjek itu ditingkatkan, kurikulum bahasa Inggeris antara lain akan menambah komponen baru dalam pengajaran tata bahasa dan elemen kesusasteraan.
Selain itu, pemilihan guru yang terlatih juga akan ditimbangkan begitu juga penggunaan buku teks Bahasa Inggeris dan pengisian penggunaan makmal Bahasa Inggeris akan diperincikan, katanya pada sidang media selepas melancarkan program 1Malaysia bagi Kementerian Pelajaran di Taman Tasik Titiwangsa di sini.
“Atas dasar itu, kita mahu pembelajaran bahasa Inggeris, selain bahasa kebangsaan di sekolah kebangsaan, menjadi pembelajaran yang utama,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga akan mengambil langkah bagi memperbanyakkan lagi perbendaharaan kata Bahasa Melayu selain istilah untuk Sains, Teknologi dan Matematik.
Menurutnya, perkara itu akan dilaksanakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan Negara Malaysia dan sejumlah peruntukan disediakan untuk tujuan itu.
Ketika ditanya mengenai blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menunjukkan 80 peratus daripada 26,000 pengunjung blog yang mengambil bahagian dalam undian membantah pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, keputusan kerajaan mengenainya adalah muktamad dan ia dibuat selepas bukti “sampel” diambil dari seluruh negara.
“Memang di negara ini kita mempunyai kumpulan yang memberi pandangan yang berbeza-beza…kita hormati pandangan mereka. Tapi yang penting, keputusan sudah pun dibuat,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, program 1Malaysia Kementerian Pelajaran bertujuan memberi pemahaman secara menyeluruh mengenai program itu di seluruh negara.
“Saya mahu pelajar sekolah bukan sekadar memahami tapi juga menghayati betapa pentingnya semangat perpaduan yang erat bersama bangsa dan kaum yang ada di negara kita,” katanya.
Muhyiddin berkata, konsep perpaduan 1Malaysia itu akan memberi penekanan secara lebih kepada program yang diatur dalam bentuk kokurikulum.
Menurutnya melalui kepelbagaian budaya, semangat kerjasama dapat ditingkatkan dan boleh menimbulkan kefahaman antara satu satu-satu individu dengan yang lain.
“Diharapkan perpaduan dapat menjadi pegangan anak-anak sejak di bangku sekolah lagi,” katanya. – Bernama
Rasional mansuh dasar PPSMI 2012
Julai 11, 2009 at 1:50 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenRasional mansuh dasar PPSMI 2012
Oleh Ridzuan Yop dan Shamsul Kamal Amarudin
bhnews@bharian.com.my
MUHYIDDIN bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Dr Zambry (dua dari kiri) dan Dr Ling melihat pameran replika otak di UTAR, Kampar, semalam. |
Kerajaan perlu sedia kelengkapan pengajaran
KAMPAR: Keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2012 tidak wajar dipersoalkan kerana kerajaan mahu memastikan ia tidak dilaksanakan secara gopoh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri mengakui ada pihak termasuk pejuang bahasa mahu jika boleh pemansuhan dasar itu dibuat esok, tetapi kerajaan memikirkan ia tidak boleh dibuat dalam keadaan tergesa-gesa sehingga menggagalkan matlamatnya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata tempoh dua tahun sehingga 2012 diperlukan untuk membuat persiapan seperti menyediakan guru berkelayakan, makmal bahasa, alat bantuan mengajar dan sebagainya.
“Kita mengambil kira tempoh masa itu untuk membuat persiapan yang sempurna, tidak perlu tergopoh-gapah dalam soal pendidikan ini… kita fahamlah pejuang bahasa ini kalau boleh esok nak mulakan.
“Kita mesti realistik sebab itu kita perlu tempoh masa yang sesuai, itupun ada orang kata awal sangat dan perlukan tempoh masa yang lebih sesuai lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pesta Mind Malaysia kelima di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus Perak di sini, semalam.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Majlis UTAR, Tun Dr Ling Liong Sik dan Presiden UTAR, Prof Datuk Dr Chuah Hean Teik.
Muhyiddin juga mengakui kerajaan dalam membuat sesuatu keputusan tidak dapat memuaskan hati semua pihak.
“Tempoh dua tahun setengah ini memberikan kita masa cukup untuk memastikan kita ada kelengkapan, kita tidak mahu terjebak sama seperti ketika PPSMI diperkenalkan.
“Saya tahu ada sesetengah sekolah di kawasan bandar tidak menghadapi masalah melaksanakan PPSMI, tetapi kita bukan bercakap hanya untuk beberapa sekolah tetapi lebih 10,000 sekolah seluruh negara,” katanya.
Beliau berkata, sebelum PPSMI diperkenalkan pada 2003, bahasa kebangsaan digunakan untuk semua bidang ilmu termasuk Matematik dan Sains.
Ketika diminta mengulas gesaan Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) supaya dasar itu dimansuhkan secara menyeluruh termasuk pada peringkat universiti, Muhyiddin berkata, perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mengkaji memperkenalkan program literasi minda atau kemahiran berfikir di sekolah bagi menguatkan daya ingatan pelajar agar dapat menguasai ilmu dipelajari dengan lebih cekap dan cepat.
Katanya, sebagai permulaan kementerian akan mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan Gerakan Literasi Mental Malaysia (MMLM) untuk memperkenalkannya di sekolah terpilih.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, Gagasan ‘1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ boleh menjadi jenama hebat sekiranya seluruh lapisan masyarakat memahami konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, konsep itu membawa maksud dan komponen yang baik antaranya semangat perpaduan, kerjasama, saling bantu-membantu dan tidak ada perbezaan layanan dalam kesaksamaan kepada semua lapisan masyarakat.
“Untuk memahami gagasan ini yang perlu diperjelaskan lagi kepada rakyat, ia akan mengambil masa. Pentadbiran Najib akan masuk 100 hari, ini idea baru dan ia mengambil masa untuk orang faham.
“Bukan (konsep) 1Malaysia saja tetapi konsep rakyat didahulukan jangan diputar-belitkan sehingga menimbulkan salah faham kerana ia satu pendekatan penting yang boleh diperluaskan dalam pelbagai bentuk,” katanya.
Katanya, makna dan konsep 1Malaysia akan dijelaskan kementerian dan agensi kerajaan terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
“Selain itu, media massa berperanan penting untuk menjelaskan gagasan yang dibawa Najib kepada 27 juta penduduk di negara ini,” katanya.
Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.