UM Menuju Kecermerlangan Dalam Penyelidikan Ortopedik

Jun 30, 2009 at 2:29 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

 Oleh Zulkiple Ibrahim KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) —

“Matlamat kami ialah untuk menjalin kaedah meringankan penderitaan manusia serta penjagaan pesakit dalam bidang pembedahan ortopedik”. Itulah kata-kata Prof Datuk Tunku Sara Tunku Ahmad, Pengarah Pusat Ortopedik Nasional untuk Kecermelangan Penyelidikan dan Pembelajaran, Universiti Malaya atau dikenali juga sebagai ‘NOCERAL’. Antara objektif lain pusat itu ialah menawarkan pembelajaran dan penyelidikan lanjutan dalam bidang pembedahan ortopedik serta menyediakan dana untuk penyelidikan bagi bidang yang sama. Prof Tunku Sara berkata demikian dalam temubual eksklusif dengan Bernamma di sini baru-baru ini. Beliau juga merupakan pakar rujuk kanan Pusat Perubatan UM (PPUM) pengkhususan dalam surgeri tangan dan mikro. Prof Madya Dr Tai Cheh Chui, pakar rujuk pembedahan ortopedik bagi Pusat Pakar UM (UMSC) turut hadir pada temu bual itu. Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Dr Hou Kok Chung menyempurnakan majlis pecah tanah NOCERAL pada 23 Jun lepas di Fakulti Perubatan UM. Bangunan empat tingkat itu, yang berharga RM6.8 juta dijangka siap Julai tahun depan. ‘PERJALANAN’ NOCERAL Menurut Prof Tunku Sara, idea untuk penubuhan NOCERAL dicetuskan oleh Datuk Dr Mahmood Osman Merican, antara nama ulung dalam bidang pembedahan ortopedik di Malaysia. “Segalanya bermula enam tahun dahulu, ia adalah buah fikiran Dr Mahmood yang juga merupakan Penasihat Yayasan Ortopedik”, kata Prof Tunku Sara. Kata beliau, Yayasan Ortopedik ditubuhkan pada tahun 2006 dengan objektifnya menggalakkan penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang ortopedik. Yayasan itu menyediakan peruntukan awal untuk NOCERAL tetapi hanya dengan sokongan daripada UM, pusat itu akhirnya menjadi realiti, kata beliau. Pembiayaan awal daripada Yayasan Ortopedik berjumlah RM250,000. Angka itu kemudian melonjak kepada RM500,000. “Kami berterima kasih pada UM kerana menambah peruntukan itu kepada RM6.8 juta,” kata Prof Tunku Sara. BANK TULANG Sementara itu, Prof Tai berkata Bank Tulang Fakulti Perubatan UM, yang ditubuhkan pada awal-awal tahun 2000 memerlukan sebuah tempat yang sesuai untuk program pembesarannya. “Buat sementara ini, Bank Tulang mempunyai dua pembeku spesimen yang beroperasi pada -60 darjah Celsius, di Dewan Bedah PPUM yang dulunya dikenali sebagai Hospital Universiti,” kata Prof Tai. Beliau berkata spesimen tulang untuk Bank Tulang ialah daripada pembedahan penggantian tulang pinggul serta kadaver (tubuh yang telah mati.) “Kami memerlukan satu tempat untuk pembesaran Bank Tulang menjadi Bank Tisu dan juga tempat memproses spesimen tulang,” kata Prof Tunku Sara. BANGUNAN NOCERAL Bila siap, NOCERAL dijangka mempunyai makmal eksperimen bagi kerja-kerja makmal selain daripada makmal basah kadaver serta pusat latihan. “Bangunan itu juga akan mempunyai bengkel bio-mekanikal ortopedik dan makmal ujian mekanikal serta kemudahan untuk penyelidikan bio-produk,” jelas Prof Tunku Sara. NOCERAL juga akan mempunyai perpustakaan/kemudahan audio-visual serta dewan syarahan dan bilik seminar. “Akan terdapat juga bank tulang serta bank tisu selain daripada makmal bio-produk. Sekarang ini, kami menggunakan tempat kerja yang amat sempit untuk pembantu penyelidik dan kakitangan akademik. Bila siap nanti, NOCERAL dijangka dapat menyelesaikan masalah ini,” kata Prof Tai. PENYELIDIKAN Ketika ini, NOCERAL ditempatlan di Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan UM. Antara penyelidikan yang sedang dijalankan ialah kajian terapi sel stem, penyiasatan serta pengeluaran peralatan bio-medikal dan peralatan rawatan serta pemulihan pesakit ortopedik selain daripada pembuatan produk penjagaan luka. “Program penyelidikan lain ialah, antara lainnya, pembaikan dalam teknik pembedahan dalam sub-sektor ortopedik seperti trauma, surgeri tangan dan mikro, pemanjangan lengan/kaki serta juga onkologi ortopedik”, kata Prof Tai. Menurut Prof Tunku Sara lagi, NOCERAL mempunyai institusi rakan penyelidik seperti Agensi Nuklear Malaysia, Monash University (Malaysia), National University of Singapore (NUS), Keele University, Hospital Queen Mary di University of London dan juga University of Liverpool. “Yayasan Ortopedik akan ditempatkan di NOCERAL bila pusat itu siap kelak,” kata Prof Tunku Sara. OBJEKTIF “Dalam erti kata yang mudah, NOCERAL mempunyai beberapa objektif termasuk pembaikan dalam kualiti serta penambahan kajian dalam pembedahan ortopedik,” kata Prof Tunku Sara. Objektif lain ialah penawaran kursus latihan dan pembelajaran dalam bidang itu. Prof Tunku Sara merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan UM sejak 1989. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Pembedahan Tangan Malaysia (MSSH) serta Presiden Persatuan Ortopedik Malaysia bagi tahun 2006-2007. Beliau merupakan Ketua Jabatan Ortopedik Fakulti Perubatan UM dari 2001 hingga 2008. — BERNAMA

TRADISI KEKUATAN KITA

Jun 11, 2009 at 11:43 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

TRADISI KEKUATAN KITA

Jun 11, 2009 by silamgemilang

KaamatanAlong1

1000 TAHUN AKU MEMANDANG,

MENCARI SINAR YANG JAUH KE HADAPAN,

BAGI MEWARNAI HIDUP ANAK-ANAK KU,

AGAR TIDAK HILANG DI MATA DUNIA.

 

1000 TAHUN AKU MENOLEH KE BELAKANG,

WAJAH DUNIA DAH BERUBAH,

WAJAH KU DA BERKEDUT, MATAKU KABUR, TENAGAKU LEMAH,

KU LIHAT ANAK-ANAK  YANG KU PANDANG

DA MEWARISI TRADISI NENEK MOYANGKU.

 

BENAR…BENAR…JANGAN BIAR BUDAYA HILANG…

INILAH AZIMAT TRADISI KEKUATAN KITA,

INILAH PEDANG DI MATA DUNIA,

INILAH BUMI KEBENARAN KITA.

 

1000 TAHUN KE HADAPAN AKU MENDONGAK KE LANGIT

MANUSIA PANTAS BERLARI SEKELIP MATA DA BERADA DI BULAN,

DUNIA SEMAKIN CANGGIH,MODEN,GLOBALISASI,

AKU MASIH PERTAHANKAN NILAI BUDAYA INI,

ANAK-ANAK KU….JANGAN TINGGALKAN ADAT RESAM MU..

INILAH AZIMAT KAU LAHIR DARI SUKUKAUM KADUMU

KADAZAN DUSUN MURUT ( KADUMU )

 

1000 TAHUN INI…

DUNIA MELIHATMU,

KAU HEBAT….ADAT RESAM TAKKAN HILANG DIDUNIA

ANAK GENERASI KEKAL PERTAHANKAN BUDAYA KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

 

nUKILAN

penganalisis SilamGemilang

JUTAAN TERIMA KASIH : ANDA BERHAK JADI AHLI ALUMNI AGASEAN

Jun 11, 2009 at 4:35 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen

Assalamualauikam dan Salam Sejahtera

Saya amat berbangga dan kagum dengan komited dan komitmen individu yang mengunjungi blog alumni AGASEAN ini. Berdasarkan analisis Blog ini ramai yang berminat untuk menjadi ahli persatuan ini samada yang tinggal dikawasan Lahad Datu mahupun di seluruh negeri di Malaysia hatta ada juga yang bertanya dari luar negara. Minat seseorang hendak menjadi ahli alumni ni…..saya benar-benar menyokong penuh…..Saya berharap peranan PERSATUAN Alumni AGASEAN SMK Agaseh, Lahad Datu agar dapat bertindak proaktif dan aktif dengan pandangan orang ramai yang mahu menjadi ahli AGASEAN.

Saya amat terkilan jika usaha ini masih terkubur…..kerana sudah lama tiada usaha untuk mengaktifkan ahli mahupun program khas untuk promosi Persatuan ini. Saya melihat di kaca-kaca TV…ramai pemimpin yang menghadiri Persatuan seperti ini. Sudah tiba masanya Persatuan ini menjawab cadangan dan sokongan orang ramai yang mahu Persatuan ini aktif dan proaktif bagi meletakkan persatuan ini gemilang membangunkan Modal Insan kkhususnya dikawasan Silam.

Bersama ini saya sertakan KOMEN maklumbalas orang ramai sebagai rujukan sokongan hujah saya agar PERSATUAN ALUMNI AGASEAN perlu aktif dan proaktif kehadapan supaya SilamGemilang 1Malaysia.

 

Penganalisis SilamGemilang

PESTA KAAMATAN KG. KADUMU : RASMI PENUTUP BERSAMA YB. SALLEH KALBI

Jun 10, 2009 at 1:42 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

 Jun 10, 2009 by silamgemilang Assalamualaikum dan Salam sejahtera

PERASMIAN PENUTUPAN : YANG BERHORMAT KOLONEL KEHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM MERANGKAP DUTA KEAMANAN PBB

TARIKH : 13HB / JUN / 2009 ( SABTU )

MASA : 08.30 HINGGA 05.00 PETANG

YB SALLEH P188 SILAM 1

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada suku kaum KadazanDusun khususnya di kawasan kampung KADUMU, jalan Damroad,masyarakat di KadazanDusun dimana jua berada di Sabah, Sarawak,Semenanjung, Luar negara semoga hari yang bersejarah ini akan mewujudkan perpaduan nasional dikalangan rakyat berbilang kaum khususnya di kawasan P188 Silam amnya Sabah dan 1Malaysia. Saya berpendapat, peranan kebudayaan dan adat resam tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita semuanya bertujuan ke arah penyatuan hati masyarakat,perpaduan dan kasih sayang bagi mengeratkan silaturrahim ketika berjauhan kerana faktor kerja,memberi makna besar tentang identiti kita sebagai rakyat yang bersatupadu,adat tradisi lambang kekuatan bangsa kita,sebagai salah satu kekuatan jiwa,hati dan perasaan bagi menterjemahkan erti persaudaraan dan hidup berjiran rukun dan damai. Peranan adat resam ini juga menyumbang dalam industri pelancongan negara kita.Tambahan pula Parlimen Silam pada tahun 2010 merupakan tahun melawat Silam yang telah dicanang dan dicetuskan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, P188 Silam. Saya amat bersetuju cetusan minda YB Silam ini, kerana sudah tiba masanya kita mengamalkan 1Malaysia : Rakyat Di dahulukan Pencapaian Diutamakan. Pandangan YB Silam ini menjadi 1 idea yang boleh meletakkan Silam di mata dunia menjadi industri pelancongan terkenal kerana banyak tempat-tempat menarik yang belum diketahui oleh pelancong-pelancong luar dan dalam negara. Program ini juga salah satu daya tarikan pelancongan kerana Silam unik mempunyai pelbagai sukukaum dan ethnik sehingga silam di gelar sebagai masyarakat antarabngsa terdapat ramai penghuni yang berbilang sukukaum. Inilah salah satu keunikan yang terdapat di Silam. Pertumbuhan Silam memang cepat,laju dan pantas sehingga tumbuh bangunan begitu cepat sekali seperti terdapat bandar wilayah,bandar tabanak,bandar fajar,bandar sri perdana,bandar damroad dan lain-lain lagi. Saya masih ingat lagi apabila Yang amat Berhormat Ketua Menteri sabah melawat Silam katanya; sudah tiba masanya Bandar Lahad Datu dinaiktaraf dengan nama Perbandaran Lahad Datu. Ini bermakna dalam masa terdekat ini Lahad Datu akan membangun sebagai Bandaraya dalam taman unik dengan tumbuh-tumbuhan yang indah,nyaman dan mendamaikan pengunjung yang datang ke daerah ini. Saya melihat juga usaha gigih,tekun dan rajin YB Silam yang turun padang sehingga digelar sebagai YB Prihatin, YB Penyayang dan YB Rakyat Silam rela berkorban demi rakyat yang di cintai sehingga tercetus kata-kata kalau tidak silap saya 1silam, 1love, 1unity…maaf jika tersalah sebut…itulah kata-kata yang saya dengar dari suara rakyat silam…Syabas dan tahniah kepada YB. Silam….Datuk Haji Salleh bin haji Kalbi Ahli Dewan Rakyat Parlimen silam, P188 Silam. Jangan ketinggalan saya akan paparkan perkembangan program Pesta Silam sehingga khamis,jumaat dan pada hari program SABTU ini. Jom kita ramai-ramai gempur kampung KADUMU, bersama kita raihkan pesta ini….Jangan malu jangan segan…kita eratkan persaudaraan dan kekitaan bangsaan 1Malaysia. Ba….jomlah…jangan lupa layari blog ni….saya akan paparkan gambar-gambar menarik sempena pesta ini…bye. Penganalisis SilamGemilang

PESTA KAAMATAN PERINGKAT NASIONAL : SABAH GEMILANG MEMACU PERPADUAN 1MALAYSIA

Jun 5, 2009 at 1:05 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Jun 5, 2009 by silamgemilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pesta Kaamatan Peringkat Nasional yang diadakan di Padang Merdeka kota Kinabalu, akan menjadi 1kekuatan, 1keunikan, 1ikatan, 1rangkaian, 1kegemilangan, 1hati, 1jiwa, 1ikatan persaudaraan bagi memperkuatkan ukhwah dikalangan rakyat di seluruh negeri di 1Malaysia. Sopan Santun,Budi Bahasa dan sifat hormat menghormati antara satu dengan lain menjadi nadi kekuatan perpaduan dan hubungan baik yang diterjemahkan oleh individu di negeri Sabah.Saya inginmengucapkan Selamat Datang kepada Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi merasmikan program ini.Syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah yang gemilang menganjurkan program ini sehingga menjadi titik pertama di 1Malaysia bagi mengeratkan Perpaduan,Setiakawan,Sayangi Malaysia,Hormat Menghormati dan saya yakin melalui program ini akan terukir senyuman 1Bangsa 1Malalaysia bagi meletakkan Malaysia di mata dunia yang benar-benar maju seiring dengan kekuatan persefahaman dan persaudaran dalam masyarakat majmuk dan berbilang sukukaum boleh hidup selamat, aman dan makmur.

PESTA-KAAMATAN-NASIONAL

Saya yakin kehadiran orang ramai samada penduduk Sabah, Sarawak, Semenanjung malahan pelancong luar negara akan turut meraihkan pesta yang penuh bersejarah dalam kalendar 1Malaysia. Keikhlasan rakyat mewujudkan silaturrahim dan perpaduan dikalangan pelbagai ethnik dan sukukaum kini terbukti apabila kerajaan Malaysia mengiktiraf program ini telah gemilang menyatupadukan rakyat Sabah untuk terus hidup selamat,aman dan makmur. Syabas dan tahniah kepada saudara,rakan dan rakyat Sabah kerana nilai dan budaya yang unik masih lagi utuh dan kukuh akan menjadi tunjang kekuatan negara melonjak tinggi di persada dunia dalam meletakkan ekonomi negara setanding dengan negara-negara lain di dunia.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan dan meraihkan program ini sebagai tanda ikatan persaudaraan dan kasih sayang rakyat dalam menyahut slogan 1Malaysia : Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan demi keharmonian,kesejahteraan dan pembangunan 1Sabah 1Malaysia.

 

“SilamGemilang 1Sabah 1Malaysia”

 

Penganalisis SilamGemilang

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.