SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB
Ogos 21, 2009 at 7:39 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenSELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB
Ogos 21, 2009 oleh silamgemilang
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM,1SABAH, 1MALAYSIA,
Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Kaum Muslimin dan Muslimat. Ketibaan Bulan Ramadhan ini akan memberi keinsafan,kesihatan,melatih kendiri menjadi insan bertakwa dan beramal ibadah kepada Allah SWT. Saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap DUTA KEAMANAN UPF PBB mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA ;
1. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA
2. YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
3. YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH
4. YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – Hal Ehwal Islam
Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Ahmad Maslan
Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)
Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)
Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Noriah Kasnon (timbalan)
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal
Datuk Hassan Malek (timbalan)
Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed
Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Fadillah Yusof (timbalan)
Menteri Pelancongan
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)
Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)
Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Menteri Kesihatan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)
Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Lajim Ukin (timbalan)
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Menteri Luar
Datuk Anifah Aman
Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Saya ucap Selamat Berpuasa kepada RAKYAT 1SILAM semoga puasa kali ini menambah keimanan,ketakwaan dan hubungan muhibbah sesama manusia sebagai umat islam. Insyallah saya akan menunaikan Ibadah Solat berjemaah,tarawih bersama RAKYAT di masjid kampung-kampung samada di luar bandar mahupun pedalaman.
Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dengan amalan solat 5 waktu,sembahyang terawih bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Amin.Amin.Amin Ya Robbul Alamin.
Yang Benar
YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI
AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM
DUTA KEAMANAN UPF PBB
Pengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat
Ogos 12, 2009 at 11:20 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenPengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat
KENINGAU 11 Ogos – Segelintir pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dibidas kerana mengenakan bayaran RM15 hingga RM20 bagi menandatangani borang permohonan Program Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ketika mendedahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Justin Guka berjanji akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan.
Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit jika dakwaan itu terbukti benar.
“Perkara ini adalah serius dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) kawasan Bingkor di sini semalam.
Pada majlis itu, Justin menyampaikan watikah pelantikan kepada 13 Pengerusi JKKK dan JKDB dari pekan Bingkor, bandar Keningau, Kampung Tohan Baru, Liau Ulu, Kuangoh, Berungis Baru, Kota Ayangan, Dangulad, Tangkungan, Tuarid Taud, Sasaie, Pagun Antolob dan Labak Baru.
Justin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tugas pengerusi dan ahli JKKK adalah untuk membantu dan membela kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.
Katanya, tindakan meminta wang adalah tidak bertanggungjawab kerana meletakkan penduduk yang seharusnya dilindungi sebagai mangsa.
Beliau turut menggesa JKKK di daerah ini mengadakan mesyuarat sebulan sekali dan minit mesyuarat perlu dihantar kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Keningau.
Katanya, ia bagi memastikan setiap JKKK menjalankan tanggungjawab membawa pembangunan sosioekonomi kepada masyarakat setempat.

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan
Ogos 12, 2009 at 9:51 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenMurid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan
Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my
AMRI menemani anaknya, Muhammad Amir yang cedera di kemaluan akibat ditoreh rakan sekelas di Alor Setar, semalam. |
Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat
ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.
Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.
Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya.
Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal.
“Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.
“Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian.
“Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah,” katanya ketika di temui di sini, semalam.
Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah.
“Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya,” katanya.
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
Ogos 1, 2009 at 10:45 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenPROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
Julai 24, 2009 oleh silamgemilang
PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM
Tarikh : 23hb / Julai / 2009 Tempat Dewan Sri Budiman SMK Agaseh, Lahad Datu.
Perasmian Oleh : YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia Merangkap
Duta Keamanan PBB
LAHAD DATU- Program ini disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB beliau berkata; Setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Perubahan cuaca yang ekstrem, yang ada kaitan dengan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisir pantai yang semakin terancam, pencairan glasier, peningkatan kandungan asid di dalam air laut, gelombang panas dan perubahan tabii’ haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil yang berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan global.
Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen P188 Silam bertujuan memberi kesedaran alam sekitar disetiap lapangan masyarakat hingga ke akar umbi. Rasa tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat umum perlu melaporkan atau aduan kepada Jabatan Alam Sekitar jika berlaku pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan.
Keadaan persekitaran kita semakin berubah. Walaubagaimanapun, situasi ini boleh diperbaiki sekiranya peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk generasi akan datang.
Amalan menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan agama Islam. Oleh itu, setiap individu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan Bandar supaya keindahan dan keceriaan dapat di adaptasi secara optimum. Pelbagai kempen telah diadakan seperti gotong royong perdana,ceramah dan program Rakan Alam Sekitar. YB. Salleh berkata; Pelancong yang datang ke Silam akan merasa selesa,senang dan akan mengkhabarkan kepada rakan-rakannya bahawa keindahan Silam sebagai pusat Bandar pelancongan amat bersih dan mempunyai udara nyaman.Matlamat ini mudah tercapai jika setiap individu memberi kerjasama padu bagi menjaga kebersihan.
Seorang pelajar SMK Agaseh bernama Rudy mengajukan soalan kepada Proffesor Dr. Selmijah Shurif dari UKM berhubung penjagaan alam sekitar. Selmijah berkata ; penerapan nilai-nilai murni dan kempen-kempen kebersihan yang melibatkan institute masjid,sekolah,kampung-kampung penting bagi mencapai kejayaan Bandar bersih. YB. Salleh berkata; Sebanyak 9 buah sekolah mengikuti pertandingan Rekacipta. Syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan di Parlimen Silam yang menyertai pertandingan rekacipta dari bahan terbuang dimana Johan dimenangi oleh Sekolah SMK Silabukan dengan membawa pulang cek RM6,000.00.Sekolah yang lain masing-masing menerima RM1,000.00 sebagai saguhati. Pengadil bagi pertandingan ini terdiri daripada 13 orang professor Doktor dari UKM yang sedang membuat kajian penyelidikan pembangunan rakyat (PROPER) P188 Silam.
Turut hadir sama Shazly Abd. Rahim Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Tawau, Proffesor Dr. Musa ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan seramai 13 orang professor Doktor dengan kepakaran masing-masing, Murukesu A/L M. Margapandu Pengetua SMK Agaseh, Jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri dan pelajar-pelajar serta orang ramai.
ARMENDRAH ABDUL RASHID
Penganalisis
Urutan Bayi Erat Hubungan Ibu Dan Anak
Ogos 1, 2009 at 10:42 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenUrutan Bayi Erat Hubungan Ibu Dan Anak
<!–
By: Ramjit
–>
Oleh Nurul Halawati Azhari
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama)– Kaedah penyusuan bayi memang diakui keberkesanannya dalam meningkatkan interaksi dan ikatan yang erat di antara ibu dan bayi.
Malah bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif selama enam bulan bukan sahaja mendapat nutrien yang lengkap dan kuat daya imunisasinya, tetapi turut memiliki IQ yang tinggi.
Bagaimanapun, selain penyusuan ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 3 tahun, ada satu lagi kaedah yang membantu merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas iaitu urutan bayi.
Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15 peratus. Malah, urutan yang kerap juga ialah rahsia bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik.
Ia turut membantu perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan.
Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang ditemui selepas menyampaikan teknik urutan bayi dalam bengkel Urutan Bayi “Touch’ anjuran Johnson & Johnson Sdn Bhd berpendapat, dengan urutan, bayi yang lahir pra-matang akan bertambah beratnya 47 peratus dengan lebih cepat, manakala bayi yang cukup bulan dan sihat mempunyai stres yang lebih rendah serta daya ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.
“Urutan adalah satu sentuhan yang ajaib antara ibu bapa dan bayi. Misalnya, apabila si ibu mengurut bayinya dengan cara memicit dan menenangkan bayi secara lembut, bayi dapat merasai perasaan kasih sayang ibu tadi dipindahkan kepadanya melalui sentuhan jari-jemari. Begitu juga sebaliknya. Ibu dapat merasai tindak balas bayi terhadap sentuhan mereka,” jelas beliau.
FAEDAH URUTAN BAYI
Menurut Dr Zulkifli, kebanyakan ibu bapa bimbang untuk mengurut bayi mereka kerana tidak dapat mengagak tekanan bagaimana yang patut dikenakan ke atas tubuh bayi mereka dan risau sekiranya ia mendatangkan kecederaan.
Bagi Dr Zulkifli, sekiranya ibu bapa ingin memulakan urutan ke atas bayi mereka, ia boleh dimulakan dengan sentuhan yang lembut.
“Tekanan ditambah perlahan-lahan apabila ibu semakin yakin dan bayi pula kelihatan selesa dengan urutan anda,” jelas Dr Zulkifli.
Selain merapatkan hubungan antara ibu dan bayi, urutan bayi juga dapat membantu pembesaran fizikal bayi. Ia turut menguatkan ketahanan tubuh badan, membina keyakinan diri dan membantu bayi berasa tenang dan selesa. Malah, bayi juga dapat tidur dengan lena.
Urutan bayi turut merangsang proses penghadaman makanan. Proses penghadaman akan lebih efisien, walaupun nutrien sama, bayi yang diurut akan menggunakan zat makanan dengan lebih baik lagi.
“Semasa mengurut, ibu bapa dan bayi juga akan mempunyai hubungan mata. Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa juga menambah interaksi antara mereka dan membentuk hubungan ibu bapa-bayi yang erat.
Selain itu, Dr Zulkifli turut mengingatkan ibu yang ingin melakukan urutan bayi hendaklah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada bayi. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda yang mesra.
Kadang kala bayi mungkin terasa letih. Maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat dan cubalah mengurut bayi anda selepas tidur.
LANGKAH PERMULAAN
1.Pastikan anda berkeadaan selesa, tidak tergesa-gesa, kuku yang pendek dan tidak terganggu selama 15 minit. Mainkan muzik yang agak perlahan untuk menenangkan perasaan anda dan bayi anda.
2.Pastikan keadaan bilik sederhana panas sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk bayi dibaringkan.
3.Urutan paling sempurna dapat dilakukan sebaik-baiknya selepas mandi dan ketika bayi belum berpakaian. Bagaimanapun, urutan juga dapat dijalankan semasa bayi berpakaian.
4.Minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya anda boleh mengurut dengan lebih mudah.
5.Bermulalah dengan sentuhan yang lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda berasa selesa dengan urutan anda.
6.Pandanglah mata bayi anda, menyanyi atau bercakaplah dengannya sambil mengurut.
7.Seelok-eloknya, anda mengurut pada waktu yang sama setiap hari, agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.
8.Adalah disyorkan untuk anda bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang bayi.
AMBIL PELUANG BELAJAR TEKNIK URUTAN
Selain berpeluang mempelajari teknik urutan bayi daripada pakar, bengkel satu hari itu turut menunjukkan kepada ibu-ibu terutamanya kepada bakal ibu cara-cara memandi dan menyusukan bayi.
Ia pernah diadakan pada tahun lalu dan sambutan hangat yang diterima menunjukkan bahawa lebih ramai ibu bapa sedar akan kepentingan terapi ‘sentuhan’ dan mereka mengambil inisiatif untuk mempelajari cara yang betul dan berkesan untuk mengurut bayi.
Bengkel ini akan diadakan pada hujung minggu dalam bulan Julai dan Ogos di Selangor, Sabah, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-300-88-0566 (dari Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang).
— BERNAMA
Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.