ALUMNI USM CONTOH TERBAIK…YAKIN ALUMNI AGASEAN CONTOH KEPADA SEKOLAH LAIN
Mac 20, 2009 at 11:49 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komenLATAR BELAKANG PENUBUHAN
Persatuan Alumni USM ditubuhkan pada tahun 1989 melalui cetusan idea sekumpulan bekas pelajar USM. Usaha penubuhan persatuan ini bermula pada awal tahun tersebut menerusi pembentukan Jawatankuasa Protem yang diketuai oleh Profesor Madya Itam Sulaiman (Bio. ‘74), Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM dan beberapa orang staf akademik serta pentadbiran USM.
Persatuan Alumni USM mempunyai satu Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari dan Ahli Jawatankuasa yang dipilih semasa mesyuarat agung. Jawatankuasa Eksekutif tersebut akan menerajui jawatan tersebut untuk tempoh dua tahun.
Pada awal penubuhan, Persatuan Alumni telah melantik TYT Tun Hamdan Sheikh Tahir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang sebagai penaungnya dan Naib Canselor USM sebagai penasihat.
Sehingga sekarang, Persatuan Alumni USM telah dipimpin oleh beberapa Presiden. Kepimpinan yang pertama ialah Prof. Ramli Mohamed (MassCom. ’74) untuk tempoh 4 tahun. Seterusnya, diikuti oleh kepimpinan kedua, Prof. Madya Zubir Din (Bio. ’74) untuk tempoh tiga tahun. Ketiga, kepimpinan Persatuan Alumni diterajui oleh Y.Bhg. Puan Sri Fauziah Shahrom (Pol. Sc. ’75). Bagi era 2000, Presiden Persatuan Alumni USM disandang oleh Dr. Mohammed Zin Nordin (MassCom. ’86) dan En. Shaifubahrim Mohd Saleh (ComSc. ’83) bagi tahun 2003 sehingga sekarang.
KEAHLIAN ALUMNI
Terbahagi kepada tiga kategori iaitu:
Ahli Biasa yang terdiri daripada semua graduan yang menerima ijazah dari USM;
Ahli Bersekutu yang terdiri daripada graduan yang menerima diploma atau sijil dari USM dan staf sepenuh masa USM;
Ahli Kehormat terdiri daripada individu yang memberikan sumbangan unggul kepada Persatuan Alumni dan USM.
OBJEKTIF-OBJEKTIF
Mewujudkan hubungan saintifik, sosial dan kebudayaan di kalangan ahli;
Mewujudkan interaksi di kalangan ahli;
Mewujudkan saluran komunikasi di antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan bekas siswazah;
Mengambil bahagian aktif dalam pembangunan fizikal USM, intelektual serta pembangunan ekonomi dan sosio politik Malaysia;
Mencalonkan aktiviti-aktiviti yang ada kepada Jawatankuasa USM dan perbadanan lain yang berkaitan.
AKTIVITI-AKTIVITI DI RUMAH ALUMNI
Persatuan Alumni USM telah menawarkan peluang perniagaan kepada beberapa syarikat untuk beroperasi di Rumah Alumni USM. Pembukaan peluang perniagaan tersebut adalah sebagai memberikan kemudahan kepada warga kampus USM khususnya dan mengaktifkan lagi fungsi Rumah Alumni USM.
Syarikat-syarikat tersebut adalah seperti berikut:
Malaysia Assurance Alliance Berhad- merupakan syarikat Insurance yang terkenal di Malaysia. Menyediakan pelbagai jenis insuran seperti nyawa, harta dan sebagainya.
Geliga Sistem Sdn. Bhd.-merupakan syarikat Bumiputera yang membekalkan barangan farmasi dan ubat-ubatan.
Genius Point Enterprise – menyediakan perkhidmatan ‘Internet Cafe’, membaik pulih computer serta menyediakan khidmat ‘printing’ berwarna dan hitam putih dengan harga yang berpatutan.
JVS Setia Sdn. Bhd – menyediakan perkhidmatan fotokopi yang terkini dan cepat, menyediakan perkhidmatan ‘binding’ dan lamination.
Koop Siber Sdn. Bhd – menyediakan peralatan aksesori komputer dan menjual PC kepada pelajar dengan slogan ‘ 1 PC 1student’.
Selain daripada itu, Persatuan Alumni USM turut menjual cenderahati seperti key-chain, beg kertas, stiker dan sebagainya sebagai tanda kenangan daripada Alumni USM.
Tinggalkan Komen »
Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.
Tinggalkan Jawapan