SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

September 18, 2009 at 10:06 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

September 18, 2009 oleh silamgemilang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera, Salam 1malaysia, 1Silam, 1Unity, Salam Aidilfitri,

FESTIVAL YB SILAM

Saya mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Mengetahui, Selawat Ke Atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, dikesempatan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2009 ini, saya sekarang masih berada di Kota Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah UMRAH bersama isteri dan anak-anak tersayang. Walaupun jauh di mata namun saya tetap mengingati dan menghargai RAKYAT khususnya di kawasan saya bagi Parlimen P188 Silam, Sabah. Saya selalu berdoa semoga RAKYATKU sentiasa dimurahi rezeki, rajin bekerja, eratkan silaturrahim dan perpaduan tanpa mengira kaum dan bangsa, dirahmati dan mendapat perlindungan Allah SWT.

Hari ini saya dapat merasai RAKYAT dalam keadaan sibuk mengatur persiapan Hari Raya. Malam ini sama-samalah kita mendengar pengumuman HARI RAYA AIDILFITRI yang akan diumumkan secara langsung melalui kaca TV 1,2,3 dan siaran Radio. Pada petang ini semua lokasi untuk melihat anak bulan saya janga sudah bermula dan akan ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Saya berpesan kepada diri dan RAKYAT agar berbelanja secara berhemah dan tidak membeli-belah melebihi had kewangan sehingga boleh menjejaskan kehidupan keluarga sendiri. Semalam kakitangan kerajaan telah menerima BONUS yang dibayar sebanyak 2 kali iaitu bulan ini dan bulan Disember. Tambahan nilai wang yang ada dapat diguna sebaik-baik bagi meringankan beban bagi persediaan membeli barangan yang berpatutan.

Kepada kaum muslimin dan muslimat yang belum membayar ZAKAT FITRAH masih belum terlewat lagi boleh berkunjung ke lokasi yang telah disediakan bagi membayar zakat. Pembayaran awal zakat ini bertujuan mengelakkan terlupa dan kesibukaan di saat-saat akhir. Zakat yang ditetapkan pada tahun ini berjumlah RM6.60 sahaja.

Hari ini kebiasaanya lebih banyak kereta yang menggunakan jalan raya untuk balik kampung dan akan berkurangan di kawasan Bandaraya dan bandar. Kepada pengguna jalan raya yang sedang dalam perjalanan balik kampung saya menasihatkan agar memandu kereta dalam keadaan selamat, pastikan anda sebagai pemandu tidak mengantuk, jika merasa diri mengantuk saya berharap agar anda parking dan tidur dalam lingkungan masa 7 hingga 10 minit bagi memulihkan tenaga semula dan kesegaran badan. Anda sebenarnya tidak rugi menggunakan masa rehat sebentar bagi melancarkan perjalanan anda dengan baik dan selamat. Pastikan kereta dalam keadaan baik bagi melicinkan perjalanan balik kampung.

Tahun ini negara -negara dunia tidak terkecuali juga negara kita terlibat dengan jangkitan H1N1 yang telah meragut nyawa dan menyerang mangsa secara tiba-tiba. Kepada anda yang sedang membeli-belah lebih baik menggunakan penutut mulut dan hidung bagi mencegah dari jangitan virus ini. Bah kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubat.

Bulan ramadhan yang penuh keberkatan amat dirindui oleh para ulama yang menjanjikan pahala lebih baik dari seribu. Bagi mereka berakhirnya puasa ini akan berlinangan air mata dengan tangan menadah doa kehadrat Allah SWT. Penghayatan Ramadhan yang membuka pintu rezeki, pintu doa dan segala amalan yang baik akan dibalas dengan berlipat ganda. Melalui puasa badan kita sebenarnya banyak dilatih untuk berehat,membersihkan dan memulihkan dari segala penyakit. Jangan lupa selepas beberapa hari di bulan syawal nanti ada lagi amalan ibadah puasa sunat yang dikatakan mempunyai nilai pahala yang amat tinggi sekali.

Sempena menjelang tiba hari yang mulia ini saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan UPF PBB, Isteri Hajah Fatmah Binti Abd. Aziz, anak-anak serta seisi keluarga dan staff P188 Silam mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Maaf Zahir dan Batin kepada kaum muslimin dan muslimat RAKYAT kawasan P188 Silam, Sabah dan Malaysia.

Saya amat mengalu-alukan kehadiran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Menteri Kabinet Malaysia dan Sabah, YBhg. Dato, Datin, Tuan, Puan, Encik dan Cik ke Majlis FESTIVAL AIDILFITRI pada Hari Raya ke – 3 jam 9.45 pagi hingga jam 2.00 petang bertempat di Dewan Tun Haji Mustapha, lahad Datu, Silam. Sabah. Kehadiran adalam dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima kasih.

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

 

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap

Duta Keamanan UPF PBB

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB

Ogos 21, 2009 at 7:39 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT KHUSUSNYA RAKYAT SAYA 1SILAM, KHASNYA 1SABAH DAN AMNYA 1MALAYSIA DARIPADA SAYA HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM, DUTA KEAMANAN UPF, PBB

Ogos 21, 2009 oleh silamgemilang

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1SILAM,1SABAH, 1MALAYSIA,

IMG_0941

DSC02131CIMG2334

PUASAramadhan2009

Syukur kehadrat Allah SWT, Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, Para Sahabat, Kaum Muslimin dan Muslimat. Ketibaan Bulan Ramadhan ini akan memberi keinsafan,kesihatan,melatih kendiri menjadi insan bertakwa dan beramal ibadah kepada Allah SWT. Saya YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI, AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM merangkap DUTA KEAMANAN UPF PBB mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA KEPADA ;

1. YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABD. RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA

2. YANG AMAT BERHORMAT TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

3. YANG AMAT BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN, KETUA MENTERI SABAH

4. YANG BERHORMAT DATO’ SERI MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz – Perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop – Unit Perancang Ekonomi
Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom – Hal Ehwal Islam

 

Timbalan-timbalan menteri:

 
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Ahmad Maslan

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri Pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

Fadillah Yusof (timbalan)

 

Menteri Pelancongan

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri Pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri Kerja Raya
Datuk Shaziman Abu Mansor

Menteri Kesihatan
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri Belia dan Sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Menteri Sumber Manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil

Menteri Luar
Datuk Anifah Aman

Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Saya ucap Selamat Berpuasa kepada RAKYAT 1SILAM semoga puasa kali ini menambah keimanan,ketakwaan dan hubungan muhibbah sesama manusia sebagai umat islam. Insyallah saya akan menunaikan Ibadah Solat berjemaah,tarawih bersama RAKYAT di masjid kampung-kampung samada di luar bandar mahupun pedalaman.

Sama-samalah kita mengimarahkan masjid dengan amalan solat 5 waktu,sembahyang terawih bagi meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. Amin.Amin.Amin Ya Robbul Alamin.

 

Yang Benar

YANG BERHORMAT TUAN HAJI SALLEH BIN HAJI KALBI

AHLI PARLIMEN MALAYSIA, P188 SILAM

DUTA KEAMANAN UPF PBB

Pengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat

Ogos 12, 2009 at 11:20 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Pengerusi JKKK kenakan bayaran disiasat

KENINGAU 11 Ogos – Segelintir pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dibidas kerana mengenakan bayaran RM15 hingga RM20 bagi menandatangani borang permohonan Program Cari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketika mendedahkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor, Justin Guka berjanji akan menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit jika dakwaan itu terbukti benar.

“Perkara ini adalah serius dan siasatan sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi-Pengerusi JKKK dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) kawasan Bingkor di sini semalam.

Pada majlis itu, Justin menyampaikan watikah pelantikan kepada 13 Pengerusi JKKK dan JKDB dari pekan Bingkor, bandar Keningau, Kampung Tohan Baru, Liau Ulu, Kuangoh, Berungis Baru, Kota Ayangan, Dangulad, Tangkungan, Tuarid Taud, Sasaie, Pagun Antolob dan Labak Baru.

Justin berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana tugas pengerusi dan ahli JKKK adalah untuk membantu dan membela kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.

Katanya, tindakan meminta wang adalah tidak bertanggungjawab kerana meletakkan penduduk yang seharusnya dilindungi sebagai mangsa.

Beliau turut menggesa JKKK di daerah ini mengadakan mesyuarat sebulan sekali dan minit mesyuarat perlu dihantar kepada Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) dan Pejabat Daerah Keningau.

Katanya, ia bagi memastikan setiap JKKK menjalankan tanggungjawab membawa pembangunan sosioekonomi kepada masyarakat setempat.

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Ogos 12, 2009 at 9:51 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my


AMRI menemani anaknya, Muhammad Amir yang cedera di kemaluan akibat ditoreh rakan sekelas di Alor Setar, semalam.

Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.
Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya.

Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal.

“Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.

“Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian.

“Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah,” katanya ketika di temui di sini, semalam.

Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah.

“Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya,” katanya.

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM

Ogos 1, 2009 at 10:45 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM

Julai 24, 2009 oleh silamgemilang

PROGRAM RAKAN ALAM SEKITAR PERINGKAT PARLIMEN P188 SILAM

Tarikh : 23hb / Julai / 2009            Tempat Dewan Sri Budiman SMK Agaseh, Lahad Datu.

Perasmian Oleh : YB. Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia Merangkap

Duta Keamanan PBB

 IMG_3433IMG_3352IMG_3373IMG_3360IMG_3389

LAHAD DATU- Program ini disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Salleh Haji Kalbi, Ahli Parlimen Malaysia, P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB beliau berkata; Setiap rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Perubahan cuaca yang ekstrem, yang ada kaitan dengan fenomena cuaca luar biasa, kawasan pesisir pantai yang semakin terancam, pencairan glasier, peningkatan kandungan asid di dalam air laut, gelombang panas dan perubahan tabii’ haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah tanda-tanda amaran pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil yang berlebihan untuk menghasilkan tenaga menyebabkan peningkatan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera yang turut menyumbang kepada pemanasan global.

Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen P188 Silam bertujuan memberi kesedaran alam sekitar disetiap lapangan masyarakat hingga ke akar umbi. Rasa tanggungjawab dikalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar. Masyarakat umum perlu melaporkan atau aduan kepada Jabatan Alam Sekitar jika berlaku pencemaran yang boleh merosakkan pemandangan.

Keadaan persekitaran kita semakin berubah. Walaubagaimanapun, situasi ini boleh diperbaiki sekiranya peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin kelestarian alam untuk generasi akan datang.

Amalan menjaga kebersihan merupakan satu tuntutan agama Islam. Oleh itu, setiap individu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan Bandar supaya keindahan dan keceriaan dapat di adaptasi secara optimum. Pelbagai kempen telah diadakan seperti gotong royong perdana,ceramah dan program Rakan Alam Sekitar. YB. Salleh berkata; Pelancong yang datang ke Silam akan merasa selesa,senang dan akan mengkhabarkan kepada rakan-rakannya bahawa keindahan Silam sebagai pusat Bandar pelancongan amat bersih dan mempunyai udara nyaman.Matlamat ini mudah tercapai jika setiap individu memberi  kerjasama padu bagi menjaga kebersihan.

IMG_3397IMG_3403IMG_3450IMG_3410IMG_3411IMG_3412

Seorang pelajar SMK Agaseh bernama Rudy mengajukan soalan kepada Proffesor Dr. Selmijah Shurif dari UKM berhubung penjagaan alam sekitar. Selmijah berkata ; penerapan nilai-nilai murni dan kempen-kempen kebersihan yang melibatkan institute masjid,sekolah,kampung-kampung  penting bagi mencapai kejayaan Bandar bersih. YB. Salleh berkata; Sebanyak 9 buah sekolah mengikuti pertandingan Rekacipta. Syabas dan tahniah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan di Parlimen Silam yang menyertai pertandingan rekacipta dari bahan terbuang dimana Johan dimenangi oleh Sekolah SMK Silabukan dengan membawa pulang cek RM6,000.00.Sekolah yang lain masing-masing menerima RM1,000.00 sebagai saguhati. Pengadil bagi pertandingan ini terdiri daripada 13 orang professor Doktor dari UKM yang sedang membuat kajian penyelidikan pembangunan rakyat (PROPER) P188 Silam.

Turut hadir sama Shazly Abd. Rahim Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar, Cawangan Tawau, Proffesor Dr. Musa ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UKM dan seramai 13 orang professor Doktor dengan kepakaran masing-masing, Murukesu A/L M. Margapandu Pengetua SMK Agaseh, Jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri dan pelajar-pelajar serta orang ramai.

 

ARMENDRAH ABDUL RASHID

Penganalisis

Urutan Bayi Erat Hubungan Ibu Dan Anak

Ogos 1, 2009 at 10:42 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Urutan Bayi Erat Hubungan Ibu Dan Anak

<!–

By: Ramjit

–>

Oleh Nurul Halawati Azhari

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama)– Kaedah penyusuan bayi memang diakui keberkesanannya dalam meningkatkan interaksi dan ikatan yang erat di antara ibu dan bayi.

Malah bayi yang mendapat susu ibu secara eksklusif selama enam bulan bukan sahaja mendapat nutrien yang lengkap dan kuat daya imunisasinya, tetapi turut memiliki IQ yang tinggi.

Bagaimanapun, selain penyusuan ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 3 tahun, ada satu lagi kaedah yang membantu merangsang tumbesaran bayi yang sihat dan cergas iaitu urutan bayi.

Kajian perubatan moden menunjukkan bahawa urutan bayi meningkatkan tumbesaran tulang bayi sebanyak 15 peratus. Malah, urutan yang kerap juga ialah rahsia bagi menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik.

Ia turut membantu perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan seterusnya berjalan.

Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Zulkifli Ismail yang ditemui selepas menyampaikan teknik urutan bayi dalam bengkel Urutan Bayi “Touch’ anjuran Johnson & Johnson Sdn Bhd berpendapat, dengan urutan, bayi yang lahir pra-matang akan bertambah beratnya 47 peratus dengan lebih cepat, manakala bayi yang cukup bulan dan sihat mempunyai stres yang lebih rendah serta daya ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.

“Urutan adalah satu sentuhan yang ajaib antara ibu bapa dan bayi. Misalnya, apabila si ibu mengurut bayinya dengan cara memicit dan menenangkan bayi secara lembut, bayi dapat merasai perasaan kasih sayang ibu tadi dipindahkan kepadanya melalui sentuhan jari-jemari. Begitu juga sebaliknya. Ibu dapat merasai tindak balas bayi terhadap sentuhan mereka,” jelas beliau.

FAEDAH URUTAN BAYI

Menurut Dr Zulkifli, kebanyakan ibu bapa bimbang untuk mengurut bayi mereka kerana tidak dapat mengagak tekanan bagaimana yang patut dikenakan ke atas tubuh bayi mereka dan risau sekiranya ia mendatangkan kecederaan.

Bagi Dr Zulkifli, sekiranya ibu bapa ingin memulakan urutan ke atas bayi mereka, ia boleh dimulakan dengan sentuhan yang lembut.

“Tekanan ditambah perlahan-lahan apabila ibu semakin yakin dan bayi pula kelihatan selesa dengan urutan anda,” jelas Dr Zulkifli.

Selain merapatkan hubungan antara ibu dan bayi, urutan bayi juga dapat membantu pembesaran fizikal bayi. Ia turut menguatkan ketahanan tubuh badan, membina keyakinan diri dan membantu bayi berasa tenang dan selesa. Malah, bayi juga dapat tidur dengan lena.

Urutan bayi turut merangsang proses penghadaman makanan. Proses penghadaman akan lebih efisien, walaupun nutrien sama, bayi yang diurut akan menggunakan zat makanan dengan lebih baik lagi.

“Semasa mengurut, ibu bapa dan bayi juga akan mempunyai hubungan mata. Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa juga menambah interaksi antara mereka dan membentuk hubungan ibu bapa-bayi yang erat.

Selain itu, Dr Zulkifli turut mengingatkan ibu yang ingin melakukan urutan bayi hendaklah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada bayi. Mengurut bayi merupakan satu aktiviti terapeutik dan ia boleh dilakukan melalui perasaan kasih sayang di samping mewujudkan suasana bergurau senda yang mesra.

Kadang kala bayi mungkin terasa letih. Maka tiada rangsangan diperlukan. Bayi perlu berehat dan cubalah mengurut bayi anda selepas tidur.

LANGKAH PERMULAAN

1.Pastikan anda berkeadaan selesa, tidak tergesa-gesa, kuku yang pendek dan tidak terganggu selama 15 minit. Mainkan muzik yang agak perlahan untuk menenangkan perasaan anda dan bayi anda.

2.Pastikan keadaan bilik sederhana panas sepanjang waktu mengurut. Bentangkan selimut atau kain yang lembut untuk bayi dibaringkan.

3.Urutan paling sempurna dapat dilakukan sebaik-baiknya selepas mandi dan ketika bayi belum berpakaian. Bagaimanapun, urutan juga dapat dijalankan semasa bayi berpakaian.

4.Minyak bayi yang lembut boleh mengurangkan geseran ke atas kulit bayi. Gosok kedua-dua belah tangan untuk memanaskan tangan sebelum menyentuh bayi anda. Sapukan minyak secukupnya di tangan anda supaya anda boleh mengurut dengan lebih mudah.

5.Bermulalah dengan sentuhan yang lembut. Tambahkan tekanan secara perlahan-lahan apabila anda semakin yakin dan bayi anda berasa selesa dengan urutan anda.

6.Pandanglah mata bayi anda, menyanyi atau bercakaplah dengannya sambil mengurut.

7.Seelok-eloknya, anda mengurut pada waktu yang sama setiap hari, agar bayi dapat merasainya sebagai satu rutin.

8.Adalah disyorkan untuk anda bermula dari kepala hingga ke hujung kaki, kemudian baru beralih ke bahagian belakang bayi.

AMBIL PELUANG BELAJAR TEKNIK URUTAN

Selain berpeluang mempelajari teknik urutan bayi daripada pakar, bengkel satu hari itu turut menunjukkan kepada ibu-ibu terutamanya kepada bakal ibu cara-cara memandi dan menyusukan bayi.

Ia pernah diadakan pada tahun lalu dan sambutan hangat yang diterima menunjukkan bahawa lebih ramai ibu bapa sedar akan kepentingan terapi ‘sentuhan’ dan mereka mengambil inisiatif untuk mempelajari cara yang betul dan berkesan untuk mengurut bayi.

Bengkel ini akan diadakan pada hujung minggu dalam bulan Julai dan Ogos di Selangor, Sabah, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian 1-300-88-0566 (dari Isnin-Jumaat, 9 pagi-5 petang).

— BERNAMA

Muhyiddin beri taklimat mansuh PPSMI

Julai 19, 2009 at 10:33 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Muhyiddin beri taklimat mansuh PPSMI

Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my


Alimuddin

Menteri jawab kekeliruan, rungutan kepada 3,000 pendidik di PICC, Selasa

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memberi taklimat kepada 3,000 golongan pendidik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Selasa ini, berhubung tindakan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata ia selaras usaha kementerian yang akan terus memberi penjelasan kepada masyarakat berhubung pemansuhan PPSMI berikutan rungutan segelintir pihak yang masih mempertikaikan keputusan itu.
“Sekarang masih ada yang tidak begitu jelas…dalam tempoh seminggu dua nanti bila sudah diberikan taklimat dan penjelasan kepada Pengarah Pelajaran negeri dan semua pengetua, kita berharap semua persoalan akan terjawab,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Rakan Muda Sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya, Khairil Awang.

Alimuddin berkata, sebahagian besar golongan yang masih tidak berpuas hati itu mendakwa pemansuhan PPSMI hanya akan menjadikan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar lemah.

Beliau sebaliknya menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang kerana dalam pakej baru itu, tumpuan diberikan kepada kepentingan bahasa Inggeris menerusi pelbagai program yang sudah dirancang.

Selain itu, Alimuddin berkata, pihaknya akan turut menyediakan risalah dan laman web bagi memberi peluang orang ramai mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan.

“Kita berharap tidak akan ada lagi sebarang aduan selepas ini kerana saya yakin dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) menggantikan PPSMI, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan menjadi lebih baik berbanding sekarang,” katanya.

Ditanya sama ada kementerian berhasrat mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris ketika mengikuti aktiviti kokurikulum sebagai menyokong usaha itu, Alimuddin berkata;

“Saya tidak mahu komen lebih lanjut mengenai perkara itu…lagi pun sudah banyak program yang memerlukan pelajar berbahasa Inggeris termasuk program `English Day’ dan `Summer Camp’,” katanya.

Sementara itu, Alimuddin berharap peruntukan RM5,000 bagi setiap 2,181 sekolah menengah seluruh negara sebagai peruntukan menjalankan aktiviti kokurikulum dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar.

“Aktiviti kokurikulum memberi kelebihan kepada pelajar dan mewakili 10 peratus daripada markah keseluruhan yang dinilai untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selepas tamat sekolah menengah,” katanya.

‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’

Julai 14, 2009 at 2:58 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’

KUALA LUMPUR: Golongan pelajar diminta jangan sewenang-wenang menggunakan kemudahan multimedia kerana mereka juga tidak terlepas dengan hukuman mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kejadian rakaman pelajar perempuan bergaduh di Terengganu dan aksi mereka dimuatkan dalam laman sesawang YouTube serta telefon bimbit yang disiarkan akhbar semalam.

Alimuddin berkata, bagi kes itu, semua pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan tatatertib.
“Difahamkan, adegan pergaduhan yang dirakamkan pada 18 Jun lalu itu berlaku di luar kawasan sekolah dan tujuan rakaman itu dibuat adalah untuk memalukan mangsa,” katanya.

‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’

Julai 14, 2009 at 2:58 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

‘Semua pihak tak terkecuali AKM 1998’

KUALA LUMPUR: Golongan pelajar diminta jangan sewenang-wenang menggunakan kemudahan multimedia kerana mereka juga tidak terlepas dengan hukuman mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kejadian rakaman pelajar perempuan bergaduh di Terengganu dan aksi mereka dimuatkan dalam laman sesawang YouTube serta telefon bimbit yang disiarkan akhbar semalam.

Alimuddin berkata, bagi kes itu, semua pelajar terbabit sudah dikenakan tindakan tatatertib.
“Difahamkan, adegan pergaduhan yang dirakamkan pada 18 Jun lalu itu berlaku di luar kawasan sekolah dan tujuan rakaman itu dibuat adalah untuk memalukan mangsa,” katanya.

Tiga pelajar paksa gusti sudah digantung sekolah

Julai 14, 2009 at 2:50 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Tiga pelajar paksa gusti sudah digantung sekolah Pengurusan ambil tindakan sejak pertengahan bulan lalu KUALA TERENGGANU: Tiga pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Dungun dekat sini, yang bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, bulan lalu, sudah dikenakan tindakan gantung sekolah. Tindakan itu diambil pengurusan sekolah sejak pertengahan bulan lalu selepas menjalankan siasatan berdasarkan maklumat kejadian itu yang disebarkan melalui internet dan telefon bimbit. Bagaimanapun, pengurusan sekolah terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, yang mengesahkannya semalam, berkata polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan polis, kelmarin. “Polis akan mengambil keterangan lima pelajar perempuan terbabit. Tiga daripada mereka ialah pelajar Tingkatan Dua, yang didakwa dalang kejadian itu. “Dua lagi pelajar termasuk seorang yang menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Akhbar semalam melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit. Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti dirakam tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu. Mohd Fauzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan. “Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian itu kerana cemburu berikutan mangsa popular di kalangan guru. Mangsa juga seorang pelajar cerdas dan sering mendapat pujian guru, selain dilantik sebagai ketua kelas,” katanya. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Jabatan Pelajaran diarah mengemukakan laporan lengkap berhubung kejadian itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Laman Berikutnya »

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.