Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Ogos 12, 2009 at 9:51 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

Oleh Nahar Tajri
nahar@bharian.com.my


AMRI menemani anaknya, Muhammad Amir yang cedera di kemaluan akibat ditoreh rakan sekelas di Alor Setar, semalam.

Rakan buka seluar mangsa, cedera buah zakar dengan pisau lipat

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.
Muhammad Amir berkata, sebelum kejadian itu dia ditumbuk beberapa kali di muka dan kemudian seluarnya ditanggalkan serta buah zakarnya ditoreh oleh rakan sekelas semata-mata kerana mahu mengambil duit syiling 50 sen dari dalam poketnya.

Ketika kejadian dia berada di dalam bilik darjah kerana mahu mengambil kotak pensilnya yang tertinggal.

“Sebelum itu di kantin sekolah dia meminta wang tetapi saya enggan menyerahkannya dan terus masuk ke bilik darjah untuk mengambil kotak pensil kerana waktu sekolah sudah tamat.

“Dia tidak berpuas hati dan mengikut saya ke bilik darjah sebelum bertindak demikian.

“Saya tidak mampu melawan dan hanya mampu menahan sakit ketika darah keluar dengan banyak hingga membasahi seluar saya sementara menunggu bapa mengambil saya pulang dari sekolah,” katanya ketika di temui di sini, semalam.

Muhammad Amir terpaksa mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Bapa mangsa, Amri Rod @ Jamil, 41, berkata, beliau menyedari kejadian itu selepas mendapati seluar anaknya berlumuran darah.

“Ketika membuka seluarnya saya dapati ada kesan luka dan meminta penjelasannya mengenai kejadian itu sebelum membawa anak saya berjumpa guru kelasnya,” katanya.

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: