LANTIK GURU LELAKI JAGA DISIPLIN

Mac 6, 2009 at 12:00 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

KUALA LUMPUR 5 Mac – Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom mencadangkan supaya guru lelaki dilantik sebagai guru disiplin di sekolah seluruh negara dalam usaha membendung kes buli pelajar.

Katanya, cadangan itu dijangka dapat mengurangkan, seterusnya membasmi kes buli serta salah laku lain oleh pelajar di sekolah.

”Selain itu guru lelaki juga harus dilantik sebagai guru penasihat pasukan seragam dan guru penasihat sukan.

”Bagaimanapun, saya ingin menekankan, bilangan guru lelaki atau peranan mereka bukan punca mahupun penyelesaian mutlak kepada masalah buli di sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas cadangan pembaca akhbar ini, M. Jasni Majed yang mencadangkan bilangan guru lelaki di sekolah ditambah bagi membendung kes buli yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam ruangan Pendapat Utusan Malaysia baru-baru ini, M. Jasni mencadangkan kementerian itu menambah bilangan guru lelaki yang didapati berkurangan dalam usaha menyelesaikan masalah disiplin di sekolah.

Justeru, Alimuddin menegaskan, kekurangan bilangan guru lelaki di sekolah seluruh negara tidak harus dikaitkan dengan kejadian kes buli di institusi berkenaan.

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: