SELAMAT DATANG KE PARLIMEN P188 SILAM YAB DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN KETUA MENTERI SABAH

Februari 13, 2009 at 10:22 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen
Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

Selamat Datang Ke Parlimen P188 Silam YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman Ketua Menteri Sabah

Melahirkan modal insan cemerlang

Yang Berhormat Dato'Sri Hishamuddin Tun Hussin Menteri Pelajaran Malaysia Berbincang dengan Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Kolonel Kehormat Rela

Yang Berhormat Dato'Sri Hishamuddin Tun Hussin Menteri Pelajaran Malaysia Berbincang dengan Yang Berhormat Kolonel Kehormat Tuan Haji Salleh Bin Haji Kalbi Ahli Parlimen P188 Silam merangkap Duta Keamanan PBB dan Kolonel Kehormat Rela

HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalah warganya sendiri. Kualiti dimiliki itulah disifatkan sebagai modal insan yang perlu ditagih untuk memajukan kegemilangan.

Cabaran pembinaan modal insan juga terletak sebahagian besarnya di kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti seorang murid atau pelajar.

Pendidikan memainkan peranan amat penting dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju wawasan 2020.

Antara tugas penting warga pendidik dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul dalam membina kepemimpinan yang kental. Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan melalui peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan dijalankan.

Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian berkenaan.

Di antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Penguasaan bahasa Inggeris sebagai penambah nilai modal insan dikenal pasti antara perkara yang dititikberatkan melalui beberapa strategi di bawah:

  • Program bacaan awal berstruktur sekolah rendah bagi menanam minat membaca dan bertutur di kalangan murid.
  • Program sastera kontemporari sekolah rendah bagi meningkatkan minat membaca, bertutur dan memperluaskan kosa kata bahasa Inggeris di kalangan murid.
  • Rancangan aktiviti bagi mempersiapkan murid tahun enam dengan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Selain itu, pendidikan sains adalah usaha memperkasakan minda saintifik di kalangan murid. Rangsangan minda mampu melahirkan murid berfikir secara kreatif dan inovatif serta mempunyai daya inkuiri yang tinggi. Untuk itu, pengenalan Program F1 Technology Challenge and Robotic kendalian Kementerian Pelajaran memberikan pendedahan minat berfikiran ala saintifik dan berinovasi di kalangan anak muda.

    Galakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu di sekolah rendah pula dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pemikiran bercorak futuristik.

    Pembangunan modal insan juga dititikberatkan melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran, usaha itu digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Moral.

    Pada 2005, pemerkasaan pengajaran Pendidikan Islam diserlahkan melalui pelaksanaan program j-QAF. Penulis adalah guru yang melaksanakan program cetusan idea Perdana Menteri ini. Matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pula diperkenalkan pada 2005 kepada murid tahun empat dan pelajar tingkatan satu bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab dan peranan warga negara yang berkualiti.

    Pemantapan aktiviti kokurikulum pula bakal melonjakkan potensi kepemimpinan dalam memastikan keseimbangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program Kurikulum pada 2005 memutuskan pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum menyumbang 10 peratus kepada syarat kelayakan memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Teknik.

    Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina modal insan cemerlang dari segi:

  • Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum.
  • Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan.
  • Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara.
  • Mencungkil bakat dan potensi diri.l Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.

    Modal insan kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi harus mengamalkan budi bahasa dan pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni menjadi teras pembinaan modal insan berbudaya unggul.

    Penganjuran kempen itu dengan harapan murid dapat menghayati rukunegara serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum.

    Bagi memperkukuhkan jatidiri, aspek pengukuhan disiplin juga menjadi keutamaan warga pendidik. Melalui kempen Anti Buli, Anti Ponteng dan pembabitan ahli masyarakat dalam kempen pencegahan salah laku murid, diharapkan sedikit sebanyak membantu usaha mendisiplinkan murid.

    Berdasarkan statistik daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di bawah sub Membangun Modal Insan, kes disiplin sekolah sudah menurun.

    Penurunan sebanyak 0.04 peratus iaitu daripada 2.11 peratus pada 2003 kepada 2.07 peratus pada 2004 manakala penurunan sebanyak 0.33 peratus iaitu daripada 2.07 peratus bagi 2004 kepada 1.74 peratus bagi 2005.

    Ini adalah hasil permuafakatan semua pihak memastikan modal insan yang dilahirkan berdisiplin tinggi serta bermaruah

  • Tinggalkan Komen »

    RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

    Connecting to %s

    Blog di WordPress.com.
    Entries dan komen feeds.

    %d bloggers like this: